Rawatan Kecemasan Untuk Kulit Terbakar dan Melecur

Catatan Joy / November, 05 2011

Kecederaan Kecil – Segera sejukkan dengan air paip yang mengalir atau rendam dalam takungan air atau balut dengan kain basah selama 5 minit sehingga hilang sakit. Tanggalkan cincin, jam atau barang kemas pada tempat cedera. Jangan pecahkan gelembong atau tanggalkan kain yang melekat pada tempat yang cedera. Balut dengan kain bersih.

Kecederaan Teruk – Baringkan dan siramkan dengan air selama 10 minit. Periksa pernafasan dan nadinya. Tanggalkan barang kemas, jam, tali pinggang atau benda yang dipakai ketat. Jangan tanggalkan pakaian yang melekat pada tempat yang terbakar. Balut tempat yang cedera dengan kain bersih. Selimutkan mangsa dan dapatkan rawatan lanjut dengan segera.

Kecederaan Akibat Bahan Kimia – Segera alirkan air di tempat yang cedera selama 5 minit. Balut kecederaan dengan kain bersih. Dapatkan rawatan lanjut dengan segera. Berhati-hati supaya bahan kimia tersebut tidak terkena pada anda. Jangan sekali-kali menyapukan tempat cedera dengan mentega, ubat gigi, kicap, losyen, minyak berangin dan sebagainya.

Untuk kecederaan kecil yang tidak serius seperti kebiasaan berlaku sewaktu memasak, boleh mencuba petua ini…

Jika terkena api atau air panas untuk menghilangkan rasa sakitnya, tindakan yang paling pantas dan mudah adalah;

Petua 1 :Sapukan ubat gigi, kicap atau marjerin ke tempat yang sakit atau melecur.
Petua 2 :Sapukan sedikit lendir dari daun lidah buaya.
Petua 3 :Sapukan dengan putih telur dan tunggu sehingga telur putih itu lekang sendiri.
Petua 4 :Sapukan dengan buah manjakani yang sudah ditumbuk lumat.

* jika anda ada petua yang berkaitan, jom kongsi kat komen

No related posts.

enJOYkan diri anda untuk berikan komen.

Cer Komen (tak byk, skit je pun ok lah)