Tragedi bunga api di Bangkok
BANGKOK: Empat orang maut dan hampir 90 mengalami kecederaan selepas letupan bunga api mengakibatkan lebih 100 rumah terbakar pada sambutan Tahun Baru Cina di Thailand, lewat semalam.
Pihak berkuasa percaya letupan itu berpunca apabila bunga api tersasar menyebabkan timbunan bunga api roket yang belum digunakan meletup pada pertunjukan di bandar Suphan Buri, kira-kira 100 kilometer barat laut Bangkok.
Tiga lelaki mati di tempat kejadian manakala seorang penonton wanita terbunuh selepas mengalami kecederaan. – AFP
No related posts.






