Salam

Catatan admin / December, 25 2010

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat datang kepada semua.

Blog ini merupakan eksperimentasi dalam eksplorasi ke dunia IT sambil berkongsi bahan bacaan yang difikirkan menarik dan boleh menjadi rujukan bagi tujuan pembelajaran atau pengetahuan bersama.

Disamping melaksanakan tanggungjawab sosial dengan berkongsi kisah-kisah insan yang kurang bernasib baik bagi memudahkan bantuan atau derma disalurkan kepada mereka.

Segala maklumat atau entri adalah rujukan dari pelbagai sumber media seperti akhbar, majalah, emel, internet dan sumbangan pembaca.

Pautan kepada laman sumber asal dan web lain disediakan untuk membantu pembaca mencari maklumat mengenai topik yang mungkin berkaitan. Apa jua maklumat, bahan atau kandungan yang dirujuk kepada atau dipautkan dari laman web ini disediakan tanpa pernyataan atau waranti atau sokongan oleh Empunya CJ. Penilaian adalah dari pihak pembaca sendiri.

Maklum Balas

Amat mengalu-alukan maklum balas/idea daripada pembaca untuk mempelbagaikan koleksi dan informasi demi masa kini dan akan datang.

Sekiranya Blog ini difikirkan bermanfaat dan perlu dikongsi dengan lebih ramai, pembaca dialu-alukan untuk menjemput rakan-rakan dengan menyarankan Blog ini atau melalui Komuniti Facebook yang disediakan.

Semoga segala maklumat dan ilmu dapat di kongsi bersama. Insyaallah.

enJOYkan diri anda untuk berikan komen.

Cer Komen (tak byk, skit je pun ok lah)